Alarm iPhone menyentak deria pendengaran, aku terjaga. Alhamdulillah masih sempat utk subuh, dan lebih bersyukur, aku masih lg mampu menarik dan menghembus nafas. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..
Stop. Rewind..
Aku tersentak terjaga. Bulatan angka di dinding tepat mengarah 2.00 pagi, cepat 5 minit dari waktu dunia sebenar.
Aku urut2 betis kanan dan kiri, kejang. Aku tahu simptom ni, ia tak ganjil dan aku sudah kenal ia. Sudah lama ia tidak datang menjenguk. Hampir setahun mungkin. Apa khabarmu 'Low-blood sugar' ?
Aku tak dapat tahan lagi. Aku capai kettle, isi air, panaskan. Sambil ku rampas 2 bungkus maggi kari, ku tunggu air mendidih. Aku mesti tingkatkan paras gula utk stabil. Tangan aku menggigil. Aku baring, masih menggigil. Inilah akibatnya menyuntik pada kadar biasa tapi tidak menyalur kuantiti gula pada tahap biasa. Aku cuma menyantap roti canai sekeping bercombo air kosong waktu dinner tadi. Kurang selera.
Ku bancuh maggi tadi, tunggu ia kembang. Oh tak, tak dapat tahan. Maggi hanya direndam selama 4 minit sahaja dan tak cukup kembang. Jika lama lagi, mugkin aku akan pitam, atau mati tidak mustahil.
Selesai melahap, aku terbaring. Berat nak lakukan apa2. Sebentar sahaja mata aku terkatup. Aku kembali tertidur. Berharap mati datang menjenguk lambat lagi. Aku belum bersedia.
Fast forward..
Aku di Kajang. Jam 10:25 pagi. Ada appointment dgn doktor pagi ni. Dalam masa menunggu giliran tiba, aku bermuhasabah tragedi yg menimpa aku awal pagi td.
Aku bermonolog. " Kenapa aku belum bersedia menemui mati? "
--------------------
Aku flashback jalanan masaku ke setahun yg lalu. Seorang pengamal perubatan tradisional mengubati aku, firasatnya mengatakan sakitku ini buatan orang, pendengki. Namun hanya 10% kepercayaan aku letakkan padanya.
Dia bertanya, " Bile ade kematian, pernah tak rasa mcm kamu adalah org seterusnya? "
Pantas sekali aku mnjawab " Pernah. Selalu ". Dia menyambung " Hmm biasala tu, kalau org 'dibuat' mmg selalu rasa mcm tu "
Jawapan yg terpacul dr mulutnya menjadikan kepercayaan aku padanya merudum ke 0.001%. Mengapa? Sebab aku tahu dia belum cukup arif tentang hidup dan mati itu kuasa Tuhan.
Tidakkah kita semua perlu sentiasa bersedia utk mati setiap detik? Kenapa 'org tertentu/sakit/buatan org' shj berfikir akan mati dlm masa terdekat? Org sihat susah nak mati? Adakah malaikat hantaran Tuhan lebih sukar mencabut nyawa si sihat walafiat berbanding yg terlantar kesakitan meminta nyawa? Tepuk dada, kita tahu skema jawapannya.
------------------------
Baruku sedari mengapa aku belum bersedia utk mati awal pg tadi. Aku tidak bangkit utk bertahajud dan bertaubat padaNya. Mungkin jika aku tunaikan keduanya, hati ku lebih bersedia. Mungkin. Astaghfirullah..
Yg baik jadikan panduan, yg buruk jgn buang, letak ditepi agar dpt dijadikan sempadan. Moga bermanfaat utk semua.
Mari bersama persiapkan diri. Suatu saat nanti, Mati itu pasti.