April 13, 2012

Addin Shah + Benz Aliff

By the time I create this post, I've done reading this.

Y'know, bukan semua yg berlaku atas muka bumi ni dapat diterjemahkan hikmah di sebaliknya.
Sedih, hancur, patah seribu, dan akhir sekali redha..Perasaan bercampuran bila hatiku cuba menerima hakikat yang pankreas aku gagal berfungsi dengan baik, lantas telah menyebabkan aku ditimpa penyakit Type-1 Diabetis.

3 tahun di benua asing. Aku giat bermain volleyball pada 2 tahun awal. Tahun terakhir, minta maaf teammates sekalian. Aku hanya mampu menjadi pemerhati dari luar kotak court. Tidak dapat membantu menghantar bola setting yang cantik mahupun hit yang tajam. Aku sudah tak mampu.


Aku mula berfikir mencari alternatif ketenangan. Muncul satu kenyataan yang entah dari mane datangnya pun aku tak tahu.

" I'm sad I can't walk because my foot injured..
                      But as I'm wondering around, I saw someone can't walk too..
                                                                                    because he got no foot. "

Aku tersentap. Aku ke yang paling malang atas dunia ni? Setakat ada Diabetis pada umur 22 tahun, cucuk insulin Actrapid and Insulatard 4 kali sehari, dah give-up?

"Tahu tak ada budak berusia 5 tahun dah kena penyakit yang sama? Inject insulin 4 kali sehari kat perut, sama macam kau?"

Oh Allah, I have no idea how You want to teach me a lesson this way. Please lend me Your strength and keep me always in Your path. Amiin.

As the time goes by, I thought that my volleyball-ability has gone, can't be found anymore. Lost.

*

*

*

I graduated.

*

*

I went back to my motherland. Proudly holding a scroll of degree. Mak, this is for you, just for you!


I've been working for a couple of months now. Live my life as a Diabetic young man.

Someday, I dig a volleyball. Aku tak rasa sakit di lengan. Tangan tak merah. Aku rasa gagah!
Aku try jumping, and jumping, and jumping lagi! Ya Allah, Alhamdulillah!

Tanpa disangka, nikmat yang aku rasa dah lenyap dari muka bumi, datang kembali. Aku boleh main volleyball lagi!

Ya Allah, sungguh hanya Kau yang mengerti bagaimana perasaan bila nikmat-Mu ditarik, tapi kemudian dikembalikan. Sumpah aku bersyukur!

Sesungguhnya, manusia tidak sedikitpun mengetahui apakah perancangan yang telah cantik disusun atur oleh yang maha Pencipta.

" Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat: dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapt mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengasihi. "
             (Luqman, 34)

Btw, Addin Shah & Benz Aliff tu adalah watak comel dalam novel aA + bB je. Saje buat tajuk post.

Aku rindu bermain bersama Semalu VC. Apa khabar kemajuan anda?



March 14, 2012

New Page

Sudah sekian lama aku berfikir tentang ini, itu, begini dan begitu.
Azam ditanam untuk mencoret segala yang dirasa, dipendam, difikir, terlintas sekali lalu mahupun yang dimimpi.
Namun azam masih lagi berada di atas tanah bumi, belum juga ditanam-tanam.

Pernah tak terfikir mahu menterjemahkan dunia lalu dan sekarang ke alam realiti yang boleh dibelek di masa hadapan? I'm done reading this amazingly inspirational book written by John P Strelecky (Who the heck is he? - Yes, the exact same question I ask the first time I saw this book).

He wanted to create a museum - walls were filled with joys, absolutely fantastic moments, unforgettable-great memoirs. So that at the end of his life, he or others could take a good tour around the museum and reminisced every single thing that shaped his entire life.

I want to do it too. But in my case, I'd choose to K.I.S.S (keep it stupid simple). Coretan di dinding putih sudah cukup, I guess.

I stop now, not that I want to but I have to.
I'll keep updating this full-of-birds' nest free blog.
I wanted to turn this into a wall - full of memoirs. 


Sebelum tu, I've been thinking of you lately, and this is for you.
I miss you.

January 2, 2012

What awesome is





I'm missing those unforgettable beautiful 'Small Circles' moments we had back in the States. 




Oh Mr. Time, how do we turn you back?

December 30, 2011

You dare me, I take it!



Bring it on, my foe
This life is a constant fight
You won't get enough until you are satisfied
Yet, you won't reach it
Neither because of your anger, nor your lust
It's your passion.


So bring it on , my foe
Take it every challenge you face
Every pain you get
High or low, huge or small, dry or wet
Because you know
Everything won't be settled down
Till the dark clouds come.


You bring it on
I sing it along
Together we fight
For our just and rights.


With the door open, what the hell are we waiting for?

December 14, 2011

Ngok-Ngek Masa Kecik

Aku tak sedar apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba mak menyapa.

Mak: Eh ko nak pegi mane tu?
Aku: Nak gi keluar la. Kan raksasa ade kat luar tu. Takkan nak biar dia hancurkan rumah kita.
Mak: ....??




Aku buat gaya otromen 'fire' raksasa sampai raksasa tu mati kehangusan. Selesai je raksasa tu tumbang dan mati, aku berkata:


"Alhamdulillah..raksasa dah mati.."


Aku terus baring dan sambung tidur aku semula. Aku tak sedar yang semua adik-beradik dan mak bapak aku gelakkan aku lepas aku berjaya kalahkan raksasa tu.


Esok pagi, aku terus digelakkan. Aku terus menjadi bahan gelak ketawa nenek dan makcik-makcik aku selama seminggu.


Damn! Aku mengigau jadi ultraman. 
Korang penah ke? Asal gelak? Nak kena 'fire' free?