April 26, 2009

come back yg terbaek~

Manchester United 5 - 2 Tottenham Hotspur
Amacam? XD


Watch Manchester United v Tottenham Hotspur in Sports  |  View More Free Videos Online at Veoh.com

April 23, 2009

Asal Usul Solat



SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat.

Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua
rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa
a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang
Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya
Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun.

*Moga2 post ni akan meningkatkkan ke'khusuk'an kite dalam solat seharian.ameen.

April 21, 2009

Burfday..anak or emak?

“Selamat hari lahir~!”
“Selamat hari jadi~!”
"Heppi Burfday~!"

Dan bermacam2 lg cara penyampaian ucapan ulang tahun kelahiran buat seseorg yg menyambut hari lahir. Memang x dinafikan, gembira,heppi, bahagia, dan yg sesaudara dgnnya akan timbul didalam hati. Dunia ni umpama kite yg punya. Ye lah kan, sume org wish kt kite, suke ah. Lg2 bile notification kt Fesbuk penuh bile sume mmber kite wrote something kt wall kite. XD

Tp dlm kegembiraan kite tu, pernahkan kite terfikir, siapakah yg layak dgn selayak2nya utk menerima ucapan “selamat ulang tahun kelahiran” yg kite terima dgn banyaknye tu? Kita yg DILAHIRKAN atau ibu yg MELAHIRKAN?

Sewaktu kita keluar dr perut ibu, kita x taw ape2 pon. Sakit ibu, derita ibu, sengsara tanggungan 9 bulan ibu. Pernahkah kite kenang kembali detik2 kite dilahirkan? [mmg la xbleh kenang sbb kite x taw ape2 pon time tu kan. XD]

Cube kite compare ape yg kite RASE detik2 kite mula muncul kat dunia ni dgn ape yg ibu kite RASE time nak me’muncul’kan kite ke muka bumi ni:


Senanye byk lg ah bnda2 yg patut kite consider tuk wat comparison ni. Tp dlm waktu yg singkat je, aku leh terfikir aspek2 tertentu je, tp tu pun dh xleh nk lawan ngn “kesusahan2” yg ibu tanggung. So, secara kesimpulannya, mmg ibu akan menang ah. Sampai bile2 pon, ibu akan sntiasa menang.


Ibu “ratu” hati. Nk gune “permaisuri” pun boleh. Sekadar peringatan kite bersama sbg insan yg bergelar ANAK, kite patut sedar kesusahan yg ibu kite tanggung semasa nk melahirkan kite. Tanpa ibu, mmg kite xkn dpt dengar wish2 cam yg aku tulis kt atas tuh.

So, ingat2 la ibu time sume org wish “slamat hari jadi” kt kite. Tanpa ibu, kite x “jadi” taw! Ingat tuh!
Lg bagus kalo time hari besday kite tuh, kite yg call ibu dan ucap “seinfiniti terima kasih” sbb berjaya lahirkan kite dgn sempurna beberapa tahun dulu [depends kt umur korg skrg ah].

Bg aku lak, “hari lahir” aku adalah “hari ibu” tuk ibu aku. Sbb everytime aku wish “selamat hari ibu” kt mak aku setiap 13 Mei (kdg2 berubah date every year kalo x silap ah, tp xkesah ah), aku xtaw sbb ape aku wish tuh. I mean, generally mmg ah sbb hari tu adelah hari ibu. Tp personally, xde sbb tuk aku wish selamat hari ibu kt mak aku pada tarikh tu.

Tp bile aku wish “selamat hari ibu” kt mak aku pada hari lahir aku, aku ade “sebab” tuk wish aku tuh.


Hujan - Selamat Hari Ibu

So, kpd sahabat2 yg mmbaca, jgn lupe kpd ibu kite yg telah melahirkan pada hari lahir kite sewaktu ketika dulu. Thanx coz sudi membaca.

Wassalam.

April 9, 2009

The Sceneries








*Credit to myStiC^LegEnD88 for editing some of the photos. ^_^
Want more? Click on this > My DeviantART [wallpapers collection]

April 8, 2009

Jokes 4 the day~

Aku sedikit tensyen+bengang+stress ari nih.
Jom kite main gelak2. Heh~

1.Binatang ape power Karate?
Kuda belang. Cube kira brape byk black belt dia ade.

2.Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit, tolong pulangkan kepada saye.

3.Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

4.Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Saya pembohong.

5.Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus.

6.Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut.

7.Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

8.Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

9.Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

10.Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

11.Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

12.Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah.