Korang pernah tak dengar phrase 'You get what you give' ? (Kalau tak pernah, bace lah entry aku before entry ni).
Kali ni aku nak cerita pasal 'What you give you get back'. Tak sama kan? Lain kan? Member aku cakap sama je dua dua phrase tu tapi aku cakap lain. Kalau tak caya cuba eja satu satu. Haa lain kan?
Ok lah. Korang pernah tak melalui pengalaman rezeki murah disaat2 korang kesempitan? Penah kan?
Cannteekk!
Aku selalu dengar benda ni:
"Tolonglah orang yang kesusahan. Banyakkan menderma. Insyaallah Allah akan membantu kita nanti." Or lebih kurang tambah tolak macam tu lah bunyinya.
Pernah denagr jugak kan?
Tapi kadang kadang aku terfikir, Adakah bantuan yang aku hulurkan itu akan dibayar setimpal atau kurang atau mungkin dapat lebih? Selama aku hidup aku sangat berpegang dengan phrase2 kat atas tadi. Insyaallah bantuan Allah pasti akan datang even after we're dead.
Selepas beberapa ketika dan saat melalui hidup, aku memanjangkan fikiran aku tentang tajuk post ni. Macam mana kita nak justify yang menunjukkan bantuan Allah itu setimpal/kurang/lebih dengan bantuan yang pernah kita hulurkan?
Adakah seringgit yang kita masukkan dalam tabung masjid tiap hari Jumaat tu akan dibalas juga dengan dapat seringgit dari parents tiap minggu?
Mungkin tidak. Mungkin ya.
Aku baru pindah rumah, dekat sikit dengan tempat kerja baru aku. Stay dengan member, tak stay dengan mak bapak kat kampung. Banyak modal perlu dikeluarkan untuk memenuhi keperluan di rumah baru. Sehingga tidak menyedari duit dalam dompet menyejat dengan kadar yang pantas dan tidak disedari.
Aku bajet akan spend less than RM10 sehari untuk seminggu sebab aku ade RM 45 + beberapa sen je. Tapi untuk seminggu pertama aku bekerja, duit aku hanya diguna kurang dari RM20. Guess what? Abg Akmal (officer kat office) belanja aku untuk 3 hari berturut2. Alhamdulillah. Memang tak dapat disangkal, aku memang akan berasa cemas tiap kali dia ajak aku keluar makan, tapi last2 dia yang bayar semua.
Dapatkah kau rasa bantuan Allah datang ketika kesempitan itu lagi besar dan bernilai berbanding hanya seringgit yang kau hulurkan ketika kau senang itu?
Masyaallah..