Balik dari kerja terus pegi Jusco jalan jalan. Pas solat maghrib, otak aku rasa macam nak membaca buku. Aku nak beli buku. Kitorang pegi Popular. Nak carik buku yang best. Tapi malangnya tak jumpa, Popular dah tak popular. Buku tak best.
Semasa keluar Popular menuju kedai sebelah, terserempak dengan sepasang couple. Sorang Chinese and sorang lagi Indian. Wow. Satu Malaysia. Tahniah Najib.
Kitorang teruskan pengembaraan mengisi masa malam. Kompleks Muhibbah Seksyen 24. Kitorang nak carik jersi, buat nama kat belakang dan pakai sama sama. Memang gempaks, macam harom. Mula mula nak angkat baju Barca, tup tup jumpa jersi AC Milan yang baru. Lagi smart. Harga RM45. Lepas mengayat abang tu utk memiliki baju tersebut dgn harga RM40 sebab kitorang beli 2 helai tak berjaya, kami beli jugak. Tapi dengan harga RM41. Ok laa kan?
NASZ, 7. Puas hati.
F: Kau rasa kita ni loser ke?
M: Kenapa kau cakap macam tu?
F: Yelah, tiap kali pegi Uptown, mesti kita berdua je.
M: Betul jugak tuh.
F: So, kite ni loser ke?
M: A'ah. Loser bastard.
Kedua-duanya pulang ke rumah dengan hati gembira.
No comments:
Post a Comment