Y'know, bukan semua yg berlaku atas muka bumi ni dapat diterjemahkan hikmah di sebaliknya.
Sedih, hancur, patah seribu, dan akhir sekali redha..Perasaan bercampuran bila hatiku cuba menerima hakikat yang pankreas aku gagal berfungsi dengan baik, lantas telah menyebabkan aku ditimpa penyakit Type-1 Diabetis.
3 tahun di benua asing. Aku giat bermain volleyball pada 2 tahun awal. Tahun terakhir, minta maaf teammates sekalian. Aku hanya mampu menjadi pemerhati dari luar kotak court. Tidak dapat membantu menghantar bola setting yang cantik mahupun hit yang tajam. Aku sudah tak mampu.
Aku mula berfikir mencari alternatif ketenangan. Muncul satu kenyataan yang entah dari mane datangnya pun aku tak tahu.
" I'm sad I can't walk because my foot injured..
But as I'm wondering around, I saw someone can't walk too..
because he got no foot. "
Aku tersentap. Aku ke yang paling malang atas dunia ni? Setakat ada Diabetis pada umur 22 tahun, cucuk insulin Actrapid and Insulatard 4 kali sehari, dah give-up?
"Tahu tak ada budak berusia 5 tahun dah kena penyakit yang sama? Inject insulin 4 kali sehari kat perut, sama macam kau?"
Oh Allah, I have no idea how You want to teach me a lesson this way. Please lend me Your strength and keep me always in Your path. Amiin.
As the time goes by, I thought that my volleyball-ability has gone, can't be found anymore. Lost.
*
*
*
I graduated.
*
*
I went back to my motherland. Proudly holding a scroll of degree. Mak, this is for you, just for you!
I've been working for a couple of months now. Live my life as a Diabetic young man.
Someday, I dig a volleyball. Aku tak rasa sakit di lengan. Tangan tak merah. Aku rasa gagah!
Aku try jumping, and jumping, and jumping lagi! Ya Allah, Alhamdulillah!
Tanpa disangka, nikmat yang aku rasa dah lenyap dari muka bumi, datang kembali. Aku boleh main volleyball lagi!
Ya Allah, sungguh hanya Kau yang mengerti bagaimana perasaan bila nikmat-Mu ditarik, tapi kemudian dikembalikan. Sumpah aku bersyukur!
Sesungguhnya, manusia tidak sedikitpun mengetahui apakah perancangan yang telah cantik disusun atur oleh yang maha Pencipta.
" Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat: dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapt mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengasihi. "
(Luqman, 34)
Btw, Addin Shah & Benz Aliff tu adalah watak comel dalam novel aA + bB je. Saje buat tajuk post.
Aku rindu bermain bersama Semalu VC. Apa khabar kemajuan anda?
Aku rindu bermain bersama Semalu VC. Apa khabar kemajuan anda?
No comments:
Post a Comment