April 18, 2012

INSULIN

Jumaat petang, lepas sembahyang Jumaat, around 2.33 ptg, Klinik Kesihatan Putrajaya Precint 9. Berbaju kemeja Seed bersaiz fit; tucked out, berseluar slack hitam, aku menuju masuk ke kaunter pendaftaran tanpa rasa gelisah (sebenarnya 75% hati aku berdegup cemas, nanti aku ceritakan kenapa).


Semasa urusan registration, Akak (aku rasa cam dia tua sket dari aku, so aku gelarkan die akak) Misi yg jaga komputer tu memerhati IC aku, yg tertera muka selebet manusia berusia 22 tahun. Mesti pelik kenapa gambar IC aku masa berumur 22 tahun kan? Sebab tu adalah IC aku yg kedua. Masa balik dari cuti summer tahun kedua aku di US, aku tertinggal IC yg original dulu. So bagi mengelakkan aku dicekup pihak berkuasa tempatan gara-gara dianggap PATI, atau gelaran yg lebih sopan adalah Pendatang Haram, aku buat IC baru.


" En..Naszeri..semalam ada datang kan? " Tanya Akak tu, curious.
" Erk erm..mmg ade, tapi tak sempat nk jumpa doktor. Ada emergency tiba2." Aaargh, aku dah menipu!


Ya, semalam aku ada dtg klinik ni nak ambik ubat Insulin aku yg dah kehabisan stok. Tapi along the way nak jumpe doktor, aku give up. Aku balik rumah. Aku taknak jumpe doktor hari tu sbb aku taw nanti kompem2 aku kena tengking. Aku taw level blood sugar aku tinggi. Aku yakin. Sbb aku tak inject insulin hari tu. Kan aku dah ckp insulin aku abes!


Aku taw aku leh je explain kat doktor excuse yg aku ada ni, tapi aku yakin doktor akan tibai aku dgn mcm2 komen dia. Aku tak nak!


Jadi aku datang balik hari selepasnya. Yakin, sedikit. Sebab aku jaga makan minum aku seharian. Fuuuh!


Senanya aku dah check dulu blood sugar level aku before masuk klinik tu. 13.8. Agak tinggi bg manusia normal, tapi bg aku yg abnormal nih, reading tu dah cukup bagus.


" Ok, encik kena ambik bacaan darah dulu kat bilik kaca sebelah bilik doktor, then kite akan panggil. "
" Thanks ye.." Aku berlalu pantas, taknak terima apa2 lg soalan.


Aku pass kad klinik pada 2 orang another akak Misi dalam bilik kaca tu, cemas. Senanye aku cemas jugak bile nak diambil reading darah. Sakit aku ni pelik sikit, eh pelik banyak. Even aku baru check 13.8, bile2 or tibe2 je sugar level tu leh melambung ikut suke hati die. Sebab tu la aku ckp awal2 tadi, hati aku 75% cemas, 20% tenang, 3% takde perasaan. Eh, mana lagi 2%? Hmm merayau kot. Lantak lah.


Jangan lah tinggi sgt kalau nak melambung pon, aku bermonolog dgn gula dlm darah badan aku.


" Hmm 14.1." Kata misi Anisah (aku lupa nama die, so tibai je nama ni)
Hah! Aku dah agak dah! Suke2 je ko nak naik kan! Marahku pada darah yg tidak mendapat response.


Seorang lg akak misi kt sebelah pandang aku mcm nak makan kepala aku. Siot. Pastu bersuara:


" Ish, tingginya dik! " Double-siot utkmu akak misi!
" Dah lama ke kena kencing manis? "
" 2 tahun setengah. "
" Keturunan ada kencing manis? "
" Takde. Nenek atuk mak ayah, sume sihat."
" Haa ni mesti kuat minum air gas ni. Tak pun suke beno makan coklat kan? "


Aku dah agak dah ade manusia akan cakap mcm tu! 


Satu persepsi dari seorang yg bijak tentang kesihatan yang aku takkan dpt terima sampai bile2, kiamat sekalipun. Sumpah akak ni mesti selalu sakitkan hati orang dgn tak disengajakan, but still, it hurts bro!


" Tak kak, sumpah. Saya pon tak taw nape saya bleh kena. Mungkin dah takdir pankreas sy taknak berfungsi, so kena la. "


Hmm jgn la kau bersuara lg wahai akak misi yg sy hormati. Jgn sampai aku benci orang tak pasal2. Aku tak suke benci orang, sbb aku tak suke org benci aku. Period.


Dah abes catat segala apa yg patut, aku disuruh masuk jumpa doktor.


Sesi bertemu dgn doktor berjalan lancar. Aku mintak Insulin utk tempoh 2 minggu before aku bleh mintak supply dari Hospital Putrajaya, tapi doktor tu perumah. Eh, pemurah. Dia bagi stok utk 1 bulan. Alhamdulillah, tsummalhamdulillah.


Aku melangkah keluar klinik dgn hati tenang selepas ambik ubat kt farmasi.
Menongkah ke langit, aku berdoa.


" Ya Allah, pinjamkanlah aku kesihatan agar aku terus kuat menghadapi hari-hariMu dengan tabah. "




P/s: Bila kita dpt tau manusia lain ditimpa musibah, ucapkanlah Innalillah. Jgn sesuka hati membuat andaian sendiri. Gunakan akal utk berbicara, jadikan hidayah Allah sbg panduan menutur kata.



2 comments:

liyana's said...

sedihnye dengar citer ko nih. xdpt imagine if diri sendiri kena ujian sakit2 yang mcm ni.. He knows you can bear enough with this test thats why He put this test on you.. psal nurse pulak, nurse mmg mulut cabul sikit. Dulu time mak aku pregnant umor tua2.. die kata macam2 kat mak aku... cakap dah tua bangka nak pregnant lagi bla bla bla.. Aku nyampah nurse yang cmni...

i b n j a i :: said...

Huhu memang sedih Lyn, tp nak wat cmne kan. Ni mmg ujian yg pasti aku tempuh..Mungkin ni jln terbaik utk Allah mngajar aku bersabar..

Pasal nurse tu, aku takde komen lebih..dari 7 nurse yg layan aku, hanya sorg je yg positif psl sakit aku ni -_-