Saat aku mencatat entry ni, cukup 24 tahun aku menghirup udara Allah yg tak berbayar ni. Alhamdulillah.
Jam 9.19 pagi, di ofis, meneliti jadual program Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Tan Sri adalah bos besar aku di EPU ni, dan aku perlu tahu aktiviti beliau lebih-lebih lagi bila beliau pulang ke kawasan perlimennya tiap hujung minggu. Minggu ni beliau ke Penang, tapi aku tak follow. Yesss!
Tiba-tiba iPhone aku bergetar, as expected! Hehe
Text dari Ibunda terchenta masuk. (seperti yg tertera kat sebelah). Aku tahu yg mak akan send mesej cmni. Tiba2 aku sebak (Mak aii..feeling lak tetibe kat opis nih). Tak terucap dgn kata-kata, aku terus reply.
" Aku tak pegi Penang minggu ni..TERIMA KASIH utk ucapan hari jadi :) "
Aku agak mak mesti tersenyum senget kat umah tu. Hehe
Aku terus mendail nombor mak dan 'kacau' mak buat keje. Heh. Hati ibu mana yg tak berbunga bila anak menelefon hanya utk mengucapkan terima kasih padanya.
Selang beberapa ketika, another text message came into my inbox.
Cik Lin, isteri pakcik pertamaku.
" Heppi besday to u..Heppi besday to u..Ni la satu 'benda' yg naik je tp tak turun2..tula umur namenye..wish u heppi always lah..". Senyuman dibibir terukir, senget jugak, mcm mak.
Memang betul ucapan makcik ipar (eh ade ke gelaran ni?) aku tu. Umur manusia mmg akan sentiasa naik dan mustahil nak turun. Tapi di samping menerima kenyataan tu, kita haruslah pandang another flip of a coin. Semakin umur bertambah, semakin kurang masa kita utk hidup di dunia (Ewahh, bunyik dah mcm hipotesis subjek sains darjah 6 la plak)
Tapi betul kan? Dan kita juga harus sedar akan apa yg dah kita lakukan sbg persiapan menghadapi penghujung hari utk kita. Memang kita tak tahu bila masanya akan tiba, tapi sbg peringatan berharga bagi setiap Muslim yg pasti akan mati, wajib utk kita bermuhasabah. Orang ckp, beringat sebelum mati..eh betol ke?
p/s: Family aku keturunan Jawa, jadi panggilan aku-emak adalah norma komunikasi dlm kehidupan kami :) Another million thanks jugak utk yang sudi menyanyikan Happy Birthday song pada tgh-tgh malam buta :p
p/s 2: Jgn bagi aku makan cake! Bagi benda lain!
No comments:
Post a Comment